POKOK MERBAU
Nama famili | Fabaceace |
Nama botani | Intsia Palembanica |
Ditanam oleh | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah DK., SSAP., SIMP. |
Sempena | Program Kayuhan Lestari UMP : Inisiatif Penghijauan Kampus |
Tarikh | 17 Februari 2022 Bersamaan 15 Rejab 1443H |
Kawasan:
• Ia dijumpai secara meluas di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak terutamanya di pinggir sungai dalam hutan tanah pamah melebihi 850 m altitud.
Ciri-ciri fizikal:
• Batang: Diameter batang pokok merbau boleh tumbuh sepanjang 1.5meter. Mempunyai warna merah-coklat.
• Daun : Berbentuk bujur, tebal, dan berkilat. Biasanya mempunyai 4 pasang daun yang bertentangan.
• Bunga : Pucuk berbunga sehingga 10 cm panjang dengan bunga kekuningan yang pucat. Buah : Buah leper, bujur panjang,berwarna coklat atau hitam apabila masak, di dalam satu kelongsong terdapat beberapa biji.
Kegunaan:
• Tanaman hiasan.
• Batang dan Daun:
- Minyak dari pohon merbau juga digunakan dalam perubatan tradisional.
- Pewarna semulajadi.
- Bahan binaan seperti lantai dan perabot.
Sumber: Forest Research Institute Malaysia (FRIM)